Monday 9 January 2012

Ukhuwah Itu Indah





Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.

Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati

Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

aq baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

Sesunnguhnya persahabatan itu lebih indah daripada percintaan  , tanpa persahabatan percintaan akan berakhir  .
Tanpa percintaan , persahabatan boleh kekal  
Hargailah persahabatan itu  :)














Semoga ukhuwah fillah yang terjalin selama ini terus berkekalan dan diredhai Allah Swt :)


Syukran jazilan :)

2 comments:

  1. bleh kre uhh gmbr aq.haha! nice lorh kte2 anda.ingin sye bertanya.."copy paste ke ayat??" hehe

    ReplyDelete

 
Free Blogger Templates